Wednesday, May 8, 2013

ORANG KAYA BERLAGAK


Hye2...
Post dengan title yang agak menjengkelkan
WHY????

Situasi 1:
Org Kaya: Dik, tadi I ada letak biskut kt meja tu, you all dah kemas ke? Baru sekejap tau I letak kat situ, dah hilang.
Pekerja: Sorry encik. Kami tak akan ambil makanan kalau customer ada lagi. Nanti saya tolong tanya pada cleaner sama ada dia ada kemas ataupun tidak.
Org Kaya: Baru sekejap je tau saya belikan makanan tu untuk anak saya. Baru letak sekejap, dah hilang.
Pekerja: Sabar ye encik. Kitorang tolong tanyakan.

Beberapa minit kemudian...

Pekerja: Encik, cleaner kami kata dia tak ada kemas apa-apa makanan kt meja tu.
Org Kaya: Macam mana boleh tak ada makanan tu kalau tak ada orang yang ambil. Kami beli untuk makan, ni tengok dah hilang. Tak apa lah dik, kami nak check out.


P/s: Salah pekerja tadi tu ke? Salah si cleaner kah?
Pada aku, makanan kau, pandai-pandai lah kau nak jaga. Dah hilang, jangan la salahkan orang lain. Padahal orang yang si kaya ni marahkan tak nampak pun makanan yang si kaya ni cakapkan tu.
Jangan pandang rendah pada orang yang lagi miskin. Martabat si miskin tak hina berbanding si kaya sekiranya si miskin itu lebih tinggi budi bahasanya.


Situasi 2:
Org Kaya: Dik, mana tempat nak letak kasut?
Pekerja: Encik boleh letak kat situ, di ruangan letak kasut.
Org Kaya: Letak kat sini je ke? Kalau hilang kasut saya macam mana? Bercampur dengan kasut orang lain lagi.
Pekerja: Encik, itu sahaja tempat yang kami khaskan untuk orang dewasa letak kasut. Tempat kasut yang di dalam hanya untuk customer, itupun kasut kanak-kanak sahaja.
Org Kaya: Kalau saya letak kat sini, kalau hilang macam mana? You all nak ganti??? (Dengan nada yang tinggi, mata bulat terbeliak...) p/s: garang la tu konon
Pekerja: Maaf encik, itu bukan di dalam kawalan kami.


P/s: Perlu ke nak bertekak lidah pasal kasut? Kalau orang lain boleh terima peraturan yang ada, kenapa si encik ni tadi tak boleh nak ikut?
Adoi, kasut dari alam ghaib kah yang encik itu pakai? Ataupun kasut daripada Syurga? (Maaf, aku tau syurga tak patut dibandingkan di sini, tapi hanya ingin menggambarkan betapa 'istimewanya' kasut si kaya tadi)
Helloooooooooooo....................... WHO R U Encik?


Cukup la rasanya tunjuk 2 situasi je. Kalau lebih2 nanti, dah macam buku ORANG KAYA BERLAGAK. Ni cuma post biasa je.

Untuk orang-orang kaya kat luar tu, kaya budi bahasa lagi dipandang tinggi. Manusia macam aku ni, tak perlu pun manusia kaya yang macam kau.
Kekayaan tu Tuhan yang bagi. DIA yang Maha Kaya. Kau lagi kaya ke???? Cer jawab

Friday, March 1, 2013

Paksa dirimu untuk tersenyum



Tersenyum dengan kepura-puraan tu menyakitkan. Kita menyimpan rasa sakit dalam hati, tanpa ingin orang lain mengetahuinya. Aku simpan rasa sakit, sekat air mata daripada mengalir. Tapi rasa hati ini bagai dihimpit, diperah segala darah yang ada padanya, aku sahaja yang rasa. Biar aku tersenyum, agar orang lain tidak tertanya mengapa mata ini menyimpan duka.

Thursday, February 28, 2013

Minggu pertama bekerja di tempat baru.


Pengalaman pergi interview banyak kali, pengalaman menolak kerja banyak kali, membuatkan aku bertekad untuk meneruskan tawaran yang aku terima kali ini. Bertepatan dengan minat aku dalam bidang perniagaan, aku bertekad untuk mempelajari cara mengendalikan sebuah kedai, walaupun aku terpaksa bermula daripada bawah. Aku ditugaskan sebagai penyelia di sebuah taman permainan dalam sebuah pusat membeli belah yang baru sahaja dibuka di salah sebuah ibu kota.

Hari pertama bekerja, dan hari kedua aku di tempat kerja, aku hanya didedahkan mengenai caj bayaran masuk ke taman permainan ini. Inilah dunia sekarang. Kebahagian dan keseronokan dibeli dengan wang ringgit. Kebahagian boleh diniaga. Tapi jangan disalah erti maksud kata-kata aku tadi. Apa yang aku maksudkan adalah bagi insan yang pandai mencari peluang, dengan memberi kebahagiaan dan keseronokan kepada orang lain, dia boleh mendapat kelebihan dengan menjana pendapatan di situ.

Harga bayaran masuk pula berbeza pada hari bekerja dan waktu cuti. Kepandaian orang berniaga mengambil peluang. Kesempatan cuti yang ade pada ibu bapa digunakan sebaik mungkin oleh syarikat tempat aku bekerja. Tapi dalam pada aku sibuk belajar mengenai tugasku di sini, aku kagum dengan segelintir ibu bapa yang sanggup melayan karenah anak-anak. Kebahagiaan dan keseronokan anak-anak menjadi keutamaan mereka. Kamera dan tablet tidak lepas dari tangan untuk merakam detik ketika anak-anak bermain. Berjam-jam dihabiskan menemankan anak-anak bermain. Sedangkan semasa sebelum menjadi ibu bapa, sebelum bekeluarga, waktu cuti adalah masa untuk mengganti semula tidur yang tidak cukup, rehat sepuas-puasnya dirumah. Tetapi naluri ibu bapa berlainan, waktu cuti mereka adalah waktu bersama anak-anak, biarpun mereka sebenarnya tidak berehat pada hari cuti mereka.

Namun begitu, ada juga ibu bapa yang berbeza. Mereka menghantar anak masuk ke tempat permainan ini, kemudian mereka keluar membeli belah. Setelah puas berjalan, mereka mengambil semula anak-anak mereka. Tapi tak mengapa, ibu bapa dan anak-anak, masing-masing mendapat kepuasan masing-masing beriadah di luar rumah walaupun aktiviti tidak dilakukan bersama.

Teringat pada zaman kecil-kecil dahulu, keluarga aku bukanlah berduit, pergi ke pusat membeli belah semata-mata untuk bermain permainan sebegini. RM25 untuk seorang kanak-kanak, dengan jumlah wang yang sama, boleh emak belanjakan untuk makan minum kami sekeluarga paling lama untuk tempoh seminggu. Dulu, permainan yang aku tahu antaranya adalah main pondok-pondok di belakang rumah, sehingga dimarah emak kerana baju dan seluar kotor. Jika main masak-masak, habis bunga-bunga yang ditanam oleh abah aku kutip dan hiris nipis-nipis, menjadi replika masakan, yang sebenarnya aku pun tak kenal rupanya. Jika mahu bermain jongkang-jongkit, gelongsor, taman permainan sahaja lah tempat aku dan kawan-kawan bermain. Taman permainan yang paling mewah untuk aku, yang aku fikirkan semasa aku kecil-kecil dahulu, Taman Tasik Shah Alam. Semua permainan yang tak ada di rumah aku jumpa dan boleh main di sana. Percuma. Tak perlu bayar pun. Di sanalah teman aku dan adik-adik akan berkunjung, itupun selepas kami paksa abah ke sana. Waktu kecil aku  masih lagi tidak faham erti penat orang bekerja yang ingin berehat di rumah. Setelah dewasa, dan merasa semuanya sendiri, barulah aku paham.

Lepas penat bermain, mesti nak minum, makan. Penat dan haus. Kalau dulu, semasa aku bermain di taman awam yang terbuka, ibu bapa boleh membawa makanan sendiri. Di sini, makanan luar tidak dibenarkan. Hanya makanan yang dijual di dalam premis sahaja yang dibenarkan untuk kanak-kanak dan ibu bapa makan di dalam taman permainan kami. Bukan niat menindas dengan tidak membenarkan mereka membawa makanan, tapi aku faham, syarikat ingin menjaga aspek kebersihan. Sebab daripada apa yang aku lihat, makanan yang dijual di sini hanyalah makanan ringan. Air pula cuma air kotak dan air kosong. Untuk ibu bapa yang membawa anak-anak ke sini, bukan sahaja tiket masuk yang mereka kena bayar, tetapi ada bayaran lain sekiranya anak-anak hendak makan ataupun minum. Harga memang standard harga di pusat beli belah. Mahal 20sen- 50 sen, ikut jenis makanan ataupun minuman. Ada ibu bapa yang tak kisah berbelanja, ada juga yang teragak ketika hendak membeli. Kesian juga aku tengok kalau 2 atau 3 orang kanak-kanak terpaksa berkongsi 1 air kotak. Tapi itu terpulang pada ibu bapa tadi la, macam mana mereka nak berbelanja untuk anak-anak.

Bersambung...

Imej bukan gambar di tempat sebenar
sumber: google image =)